Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih ku lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerna kekasih ku turutkan
Ki Wan Sook @ Nurchahaya Abdullah dari Seoul, Korea Selatan. Di penghujung 90'an dulu mengenali seorang pemuda Melayu dari Terengganu. Daerah Seoul menjadi saksi cinta mereka berdua. Waktu itu, si pemuda melanjutkan pengajian ilmu kejuruteraannya di sebuah universiti di sana.
Demi cinta, Nurchahaya tinggalkan keluarganya dan mengikut suami pulang ke Malaysia. Namun, pengorbanannya tidak berbaloi kerana ibu mertua enggan merestui perkahwinan mereka. Lerailah sebuah kasih sayang, biarpun dia telah korbankan segala-galanya.
Nasi lemak buah bidara
Pauh seguni, suasa ku labuhkan
Buang emak buang saudara
Sampai di sini, aku disia-siakan
Pauh seguni, suasa ku labuhkan
Buang emak buang saudara
Sampai di sini, aku disia-siakan

No comments:
Post a Comment