Saya suka membaca tulisan Elviza di kolum Sinar Harian. Beliau menulis dalam lenggok yang cukup indah dengan bahasa bermutu. Hari ini Elviza mengungkap tentang harga rumah yang naik menggila di ibu kota. Senang kata, kalau tidak cukup RM jangan mimpi hendak membeli rumah agaknya.
Fikiran saya yang dangkal ini berkata, ya, rumah semakin hilang fungsi asalnya. Apa sebenarnya fungsi asal rumah? Untuk berteduh dan didiami. Untuk berlindung dari hujan dan panas. Sebagai satu keperluan dalam asas kehidupan kita untuk menongkah hidup di muka bumi ini.
Namun kini? Rumah telah jadi suatu aset yang dibanding-bandingkan. Rumah berharga segunung emas dengan lokasi terbaik di kota metropolis adalah simbol paling kaya dan paling berjaya. Dahulu rumah menjadi sanctuary terbaik buat anak-beranak dan kaum keluarga berhimpun. So humble and without pretentious. Kini? Rumah dihias bagaikan showroom dan jadi perbandingan sesama. Masing-masing tidak mahu kalah dan enggan tercicir dalam perlumbaan 'menunjuk-nunjuk' ini.
Untuk renungan, dari Imam Ali bin Abi Thalib meriwayatkan Rasulullah bersabda "Apabila Allah Taala tidak memberkati harta seseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan seumpama menakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sekalipun"
Pesan Rasulullah "Perbelanjaan yang paling buruk adalah membina bangunan (dengan niat menunjuk-nunjuk)"
Moga jadi iktibar.

No comments:
Post a Comment